ini statement aku. persoalan jugak kekadang.haha.dah. tak paham. ni lah jadinya bile menaip malam-malam. mata macam nak tidur. tapiiii. macam tak nak. tapiii macam ngantok. ngantok tak ni sebenarnya ? eh tah lah.dah-dah. tak yah layan pale aku. sebab aku taip ni malam. dengar tu fara "malam". "asal kau tak tidor lagi?" tetiba hati soal sendiri. haha. daaahhhhh! cukup lah melewe.
apa yang aku nak sebenarnya ?

kay. kekadang kon-pi-yuss(confuse) jugak lah dengan soalan ni. hari-hari hati aku tanye bende ni. aku cuma boleh jawab no comment. no comment.
emmm, pikir. kay a jujur. aku nak husband hensem, pandai bergaya tapi tak payah kaya dengan duit mak bapak. biar dia kaya dengan duit dia sendiri. tak nak dokter sebab takut. nak gi klinik pon aku tak suka. ni kan pulak kalau hari-hari celik mata nampak dokter..errgghh, tapi kalau rezeki nak buat cam ne. terima. waahhh. macam nak cari jodoh r pulak kan. k. sebenarnya saja je.

aku nak berjaya la dalam hidup. semua orang pun macam tu kan. tapi jawapan tu amat meragukan, tidak specific dan tidak boleh dibuat bahan bukti jika anda adalah saksi di mahkamah. amat tidak membantu ok. pepandai je aku. "aaaa!! dia melewe lagiii...!" hehe, sori2. kay. dulu a kan, aku teringin nak jadi macam siti nurhaliza.haha. masa tu umur aku baru 4-6 tahun gitu r. tapi baru aku sedar yang suara aku tak shedaap. hee. tapi tukar pulak nak jadi cikgu sebab suka tengok cikgu ajar boleh sesukati marah budak.haha. dulu. duluu. bebudak. pastu besar sikit macam nak jadi pensyarah. up sikit r konon-konon. pastu macam nak jadi lawyer pulak. lawyer syarie pulak tu!. mak aih dia punya berangan kan. tapi aku masuk form 4 dah tak ada syariah. so? so kalau tanya aku nak jadi apa sekarang. dah tak tau dah. nasihat : tu lah pentingnya perancangan dan perbuatan. orang yang bijak lakukan sesuatu dengan perbuatan bukan dengan percakapan. ok? faham?
tapi kalau jadi lawyer biasa pon tak pe jugak. bagus. kalau tak pun dapat husband lawyer. haaa.! haha. ok ok aku nak cakap ni. (muka dan suara main peranan) "adakah pihak defenden mencintai pihak pendakwa?". skrip from 'love story in Harvard'. tengok, siap hafal skrip tau! haha =) cerita korea yang hari-hari aku ngadap. best!.walaupun aku tak berapa sangat korea2 ni. tapi bole la layan drama dia. setiap isnin hingga khamis.12 sampai 1 tengahari. promo. promo. hehe. ni berangan kalau-kalau Mr.lawyer tanye aku macam ni.haha! k. aku gurau r.

ok lah. tilam dan bantal-bantal ku sudah memanggil-manggil .jadinya daripada aku melewe tak tentu pasal ni. aku tidur dulu lah ye. doakan kesejahteraan saya. semoga awak juga. =).tapi macam tak terjawab je soalan aku tu kan? haha. tak pe lah. dah memang ni entry merepek aku pun. selamat ya semuanya. bubye.




No comments:
Post a Comment